Seorang lelaki cedera selepas kereta dinaiki terbabas jatuh ke dalam gaung di Jalan Kampung Mandap di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Syazwan Latun berkata panggilan kecemasan berkenaan kejadian diterima jam 10.20 pagi dan menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi sejauh 12 kilometer dari jarak balai.
“Kemalangan membabitkan sebuah kereta terbabas jatuh ke dalam gaung sedalam 200 kaki menyebabkan mangsa lelaki berumur 63 tahun tersepit di dalam kereta itu.
“Pasukan bomba melaksanakan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan kebombaan dan menaikkan mangsa menggunakan sistem takal dan pengusung,” katanya.
Beliau berkata mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke Hospital Kota Belud bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Tambahnya operasi keseluruhan ditamatkan jam 12.15 tengah hari. – Utusan Borneo

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ