Rusia bagi amaran kepada seluruh Negara untuk tidak masuk campur dalam perang Rusia-Ukraine

Putin beri amaran agar negara luar tidak masuk campur dalam peperangan Rusia dan Ukraine

MOSCOW, 24 Feb – Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi amaran keras kepada negara luar agar tidak masuk campur dalam peperangan antara Kremlin dengan Ukraine, lapor akhbar Daily Mail, hari ini.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang cuba untuk campur tangan, mereka akan dapat balasan yang lebih dasyat.

“Kepada mana-mana Negara yang sedang menimbang untuk masuk campur dalam misi ketenteraan khas Rusia-Ukraine, ingat amaran saya.

“Jika anda memilih untuk berbuat demikian, balasannya akan sangat dahsyat daripada apa yang pernah anda dan negara anda pernah alami,” tegasnya dalam satu ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen rasmi Rusia.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan bahawa angkatan bersenjata mereka tidak melakukan sebarang serangan peluru berpandu, udara atau artileri ke atas bandar-bandar Ukraine.

Mereka juga mendakwa serangan ketenteraan khas ini tidak akan mengancam penduduk awam Ukraine.