KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan penjualan tertinggi borang penamaan calon Parlimen di seluruh negara iaitu 716 borang.
Ini diikuti Perak (326), Selangor (266), Kelantan (262), Johor (253), Pulau Pinang (219), Kuala Lumpur/Putrajaya (163), Kedah (150), Pahang (144), Terengganu (118), Sarawak (100) dan Melaka (73).
Menurut statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, secara keseluruhannya sebanyak 4,326 borang pencalonan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) telah dijual setakat hari ini di seluruh negara.
Daripada jumlah itu 3,036 adalah borang penamaan calon Parlimen manakala 1,290 lagi bagi DUN.
Esok (5 November) adalah hari penamaan calon PRU-15, pengundian awal pada 15 November dan hari pengundian pada 19 November ini.
PRU-15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15).
Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, turut diadakan serentak PRU15. – Nabalu News

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius