KOTA KINABALU: Seorang pekerja kontraktor Sabah Electricity yang dilapor hilang di kawasan Rimba Hills Lok Kawi sudah ditemui dalam keadaan selamat.
Berdasarkan kenyataan Sabah Electricity, mangsa sudah dibawa keluar untuk dihantar ke bilik gerakan bagi penilaian kesihatan.
“Kami mengucapkan syukur dan terima kasih kepada pasukan penyelamat, pihak berkuasa tempatan dan semua yang terlibat dalam operasi mencari serta menyelamat. Sokongan dan doa anda semua amat kami hargai.
“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Sabah Electricity. Kami juga memohon orang ramai agar terus merujuk kepada kenyataan rasmi untuk mengelakkan sebarang spekulasi,” kata kenyataan itu. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad