Kota Kinabalu : Kontinjen Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah muncul naib johan keseluruhan Sukan SUK Se-Malaysia kali kesembilan (SUKSEM IX) 2024 yang berakhir semalam.
Kejayaan itu dicapai selepas kontinjen Sabah berjaya membawa pulang lima pingat Perak dan satu Gangsa dengan mengutip 33 mata dibelakang juara keseluruhan Terengganu yang mengumpul mata 89 mata.

Pada temasya sukan edisi kesembilan itu, pingat Perak yang diraih adalah menerusi acara Badminton; Bola Jaring; Ping Pong; E-Sports dan Sepak Takraw selain Gangsa menerusi acara Tenpin Boling.
Sabah yang menyertai sembilan acara sukan dengan kekuatan atlet seramai 155 orang turut dianugerahkan kontinjen paling sporting.

Majlis penutup disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil, di Dewan Besar Wisma Darul Iman, malam tadi.
Kontinjen Sabah telah diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Datuk Dr. Ahemad bin Sade yang juga Chef de Mission (CDM) Sabah. – SABAH MEDIA

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ