Sabar dulu peminat, Sabah punya game ini hari masih belum boleh masuk stadium

Sabah FC akan menentang Terengganu FC di Stadium Likas malam ini. Foto: FB Sabah Football Club

Penonton belum dibenarkan hadir menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Likas termasuk perlawanan malam ini di mana Sabah FC akan melayani kungjungan Terengganu FC (TFC).

Sepak mula perlawanan itu adalah pada jam 8.15 malam.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Benedict Asmat berkata, setakat ini SAFA masih menggunakan peraturan tidak membenarkan kehadiran penonton bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana negara masih dalam krisis pandemik COVID-19.

Katanya, sekiranya SAFA sudah menerima SOP terbaharu berhubung kebenaran tersebut, pihaknya akan membuat kenyataan media dalam tempoh terdekat.

“Ketika ini SAFA masih terikat dengan SOP sedia ada iaitu tanpa kehadiran penonton sekaligus mematuhi arahan sedia ada yang dikeluarkan FAM.

“Pihak MFL atau FAM akan mengenakan denda sehingga RM100,000 dan pemotongan tiga mata sekiranya SAFA melanggar SOP ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media yang apabila diminta mengulas runggutan orang ramai yang ingin ke Stadium Likas malam ini untuk menyaksikan perlawanan antara Sabah FC dan TFC.

Benedict berkata, semua mereka yang terlibat dan bertugas di stadium perlu memakai pelitup muka sambil melakukan amalan penjarakan fizikal pada setiap masa.

“Individu di stadium perlu merekodkan suhu badan mereka dalam aplikasi MySejahtera….Jika suhu melebihi 37.5, mengalami gejala seperti demam, batuk serta sakit tekak, tidak dibenarkan masuk.

“Semua pihak perlu akur dengan larangan ini. Pihak MFL dan FAM memberikan amaran keras jika arahan ini gagal dipatuhi oleh SAFA dalam siri perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas,” katanya. -Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *