SASPEK CUBA SAMUN PEMANDU TEKSI DITANGKAP DI LOKASI KEJADIAN

Pemandu teksi yang hampir menjadi mangsa samun oleh penumpangnya

SANDAKAN: Seorang pemandu teksi berumur 66 tahun, hampir menjadi mangsa samun oleh penumpangnya sendiri dalam kejadian di Batu 5 Jalan Sibuga di sini, Jumaat pagi. 

Sebelum kejadian berlaku, saspek lelaki bermur 38 tahun menaiki teksi mangsa dari pusat bandar hendak ke Sibuga, tiba di lokasi kejadian, saspek telah menarik beg sandang milik mangsa, namun gagal. 

Mangsa memberhentikan teksinya di tengah jalan dan berlaku tarik menarik. 

Tindakan pantas sepasukan Pegawai dan dua anggota polis yang kebetulan lalu di kawasan tersebut berjaya menahan saspek yang cuba melarikan diri.

Saspek kini ditahan reman,  kes disiasat di bawah Sek 393 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah ACP Mohd Azhar Hamin  mengesahkan kejadian tersebut, ketika dihubungi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *