[ad_1]
JOHOR BAHRU, 6 Mac (Bernama) — Seruan mewajibkan pengambilan vaksin imunisasi bagi membendung penularan penyakit berjangkit semakin kuat kedengaran ekoran beberapa lagi kes difteria direkodkan di negeri ini.
Menerusi tinjauan Bernama, rata-rata ibubapa menyatakan kebimbangan mereka mengenai peningkatan gerakan anti vaksin ini sekaligus menyeru agar kerajaan meneruskan usaha untuk mewajibkan vaksin imunisasi itu.
S. Sasidaran, 35, berkata dia gagal memahami rasional golongan anti-vaksin yang enggan menuruti saranan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan walaupun jelas program tersebut bermatlamat untuk membendung penularan penyakit berjangkit.
“Saya setuju sekiranya dasar mewajibkan pengambilan vaksin diperkenalkan kerana ia bertujuan untuk mencegah penyakit berjangkit dari merebak.
“Sudah tentu saya bimbangkan keselamatan anak saya. Saya tak mahu dia menjadi mangsa kepada kelalaian ibu-bapa lain,” kata bapa kepada seorang anak itu kepada Bernama, ketika ditemui, baru-baru ini.
…..
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu