Seorang dari tiga suspek kes penipuan kerja Kemboja ditahan

[ad_1]

KUCHING, 6 Mac (Bernama) — Polis menahan seorang daripada tiga suspek yang dikehendaki berkaitan kes penipuan pekerjaan di Kemboja, di kawasan terbuka di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini pada 10 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak (JSJK) Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata suspek yang dikenal pasti sebagai Chang Ying Siong berumur 25 tahun ditahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Polis akan memohon perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Majistret Kuching hari ini sekiranya siasatan belum diselesaikan dalam masa 24 jam,” katanya di sini hari ini.
…..



[ad_2]