Anggota Bomba dan Penyelamat dibantu pasukan perubatan dan orang ramai di tempat kejadian
Oleh Faizal Rahman
KINABATANGAN : Seorang perempuan terkorban dan seorang lagi wanita cedera parah manakala dua orang lagi selamat dalam kemalangan jalanraya di Kampung Sentosa Jaya dekat sini petang ini.
Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan menerima panggilan kecemasan pada 2.06 petang dan seterusnya respon ke tempat kejadian jarak 20 KM daripada balai dengan menaiki sebuah jentera diketuai oleh PBK II Hairul Jamal bersama 4 anggota.
Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Wira terbabas sendiri ke bahu jalan dan membabitkan 4 orang mangsa.

Seorang mangsa perempuan dikenalpasti sebagai Lisa Muslimin , 18, telah disahkan meninggal dunia di lokasi, oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Komander Operasi turut melapor bahawa seorang wanita lagi Hasmiah Samauna, 39, mengalami kecederaan parah telah dihantar ke hospital menggunakan ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu dua lelaki iaitu Muslim Roja, 55, dan Supriadi Muslim tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pasukan Bomba menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain dan membantu mengangkat mangsa yang terlibat sebelum menamatkan operasi tamat pada jam 3.02 petang.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ