KOTA KINABALU: Dalam usaha mengawal dan mengelak penyebaran jangkitan Covid-19, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melakukan proses pembersihan dan nyahkuman di semua pejabat SESB di seluruh Sabah.
Pembersihan sebanyak tiga kali sehari pada pemegang pintu, kaunter, tempat duduk dan kios pembayaran juga dilakukan agar pelanggan berasa selamat dan yakin untuk berurusan dengan SESB.
Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) Chendramata Sinteh berkata, SESB telah mengeluarkan notis makluman agar semua warga kerja, pelanggan dan orang ramai yang ingin memasuki premis SESB menggunakan cecair pembasmi kuman serta melalui saringan pemeriksaan suhu badan sebagai salah satu langkah mengawal penularan wabak COVID-19.
“Kita juga memastikan bahawa semua warga kerja di kaunter pembayaran menggunakan penutup mulut dan hidung ketika melakukan tugasan harian mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, tindakan itu merupakan salah langkah SESB bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga kerja serta semua pihak yang berurusan di pejabat SESB adalah terkawal.
“Mencegah lebih baik daripada merawat dan disebalik kebimbangan penularan Covid-19, SESB mahu semua warga kerja dan pelawat berasa yakin dengan tahap keselamatan serta kebersihan pejabat SESB,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ