KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bekerjasama dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah dalam usaha menyalurkan maklumat berkaitan hal ehwal elektrik.
Pengerusi SESB, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, ia bagi meningkatkan kefahaman dan memastikan maklumat tepat disampaikan kepada pemimpin tempatan dan seluruh masyarakat pelbagai lapisan di peringkat akar umbi.
“Sehubungan itu, penganjuran program libat urus bersama UPPM pada hari ini adalah langkah penting untuk memberi kesedaran yang jelas tentang situasi bekalan elektrik di Sabah.
“Kita memerlukan pemimpin komuniti yang proaktif sebagai rakan strategik dalam usaha menyebarluaskan maklumat ni dengan berkesan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Libat Urus SESB bersama UPPM Negeri Sabah 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, pada Khamis.
Pada majlis itu, Madius turut menyempurnakan pelancaran E-book bertajuk Communicating Sabah’s Electricity Struggles and Breakthroughs.
Menurutnya, e-book ini akan menjadi sumber rujukan yang mudah diakses oleh semua, memberikan maklumat terkini mengenai inisiatif dan projek-projek SESB.
Turut hadir dalam majlis tersebut Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Negeri Sabah, Datuk Haji Awang Kadin Tang dan Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir. Ts. Mohd Yaakob Hj Jaafar.
More Stories
Wanita Dakwa Ditukar Agama Kepada Islam Tanpa Izin, Sindiket Libatkan Ahli Keluarga Dalam Politik?
Polis Tawau rampas dadah jenis syabu 2.43kg bernilai RM87,000
‘Berubahlah, makin tua sudah’ – nasihat hakim kepada pesalah tegar dadah