Sistem rekod perubatan elektronik akan diperluas dalam tempoh tiga tahun

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Kementerian Kesihatan merancang memperluaskan pelaksanaan Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) secara strategik di hospital dan klinik di seluruh negara secara berfasa dalam tempoh tiga tahun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata sehingga kini, sebanyak 25 peratus daripada 145 hospital di bawah Kementerian Kesihatan di seluruh negara telah menggunakan sistem Teknologi Maklumat (IT) bagi tujuan perawatan pesakit termasuk EMR.

“Sejajar dengan perkembangan dalam sektor teknologi perubatan, kementerian sedang melaksanakan kaedah rekod maklumat pesakit secara digital atau elektronik di beberapa hospital dan klinik kesihatan kementerianÂ…pihak kerajaan selangkah maju bergerak seiring teknologi perubatan negara-negara jiran dan serantau.
…..

[ad_2]