[ad_1]
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk C. Sivarraajh untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkannya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Jan ini.
Peguam A.Vasanthi yang mewakili Sivarraajh berkata Hakim Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu di dalam kamarnya, dihadiri Peguam Kanan Persekutuan S. Narkunavathy bertindak bagi pihak SPR yang dinamakan sebagai responden.
Vasanthi berkata mahkamah menetapkan Khamis ini untuk mendengar permohonan semakan kehakiman berkenaan.
Sementara itu, Narkunavathy berkata mahkamah menolak bantahan yang dikemukakan SPR terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman tersebut atas alasan kes itu perlu didengar kerana terdapat isu yang boleh diputuskan.
…..
[ad_2]
More Stories
Madius gesa Kementerian Perpaduan jadikan MA63 sebagai asas pembinaan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu
Suara kebencian berbaur agama, ramai rakyat Sabah, Sarawak kesal membentuk negara Persekutuan Malaysia: Madius
Mesyuarat Jentera Pilihanraya UPKO N2 Bengkoka Fokus Persiapan Hadapi PRN17