Hari bertemu pelanggan JPN Melaka, Rabu ini

[ad_1]

MELAKA, 7 Jan (Bernama) — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka akan menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan dan Hari Terbuka jabatan itu di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Ayer Keroh di sini, pada Rabu.

Pengarahnya Norazle Sulaiman berkata orang ramai boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan ditawarkan seperti penerangan dan khidmat nasihat berkaitan urusan kelahiran, kematian, anak angkat, kad pengenalan, kewarganegaraan, perkahwinan dan tribunal perkahwinan, perkhidmatan mobile (bagi pemohon terlantar) dan informasi tentang penyalahgunaan dokumen.

“Program berkenaan akan berlangsung di ruang legar JPN bermula 9 pagi hingga 5 petang. Sebanyak 20 hadiah akan diberikan kepada 20 pengunjung bertuah di kaunter Khidmat Pelanggan JPN negeri dan orang ramai dijemput hadir untuk memanfaat dan memeriahkan program ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
…..



[ad_2]