Reynold (tiga kanan) semasa menghadiri program di SK Kopuron
TELUPID: Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tongod Telupid Reynold Jisli telah merasmikan Majlis sambutan semua perayaan yang dirayakan di Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Deepavali, Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai di dewan terbuka SK Kopuron baru-baru ini.
Program sambutan tersebut dirangkumkan menjadi perayaan ‘Sayangi Malaysiaku’ yang turut di hadiri Ketua Kampung Kopuron Malisu Ukil, Pengerusi MPKK Misnah Ukil, Yang Dipertua Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) Wainah Ongkin, penolong pengurus Agroco Estate Nulisan Laitar, ibu bapa, alumni serta penduduk setempat
Menurut Guru Besar Sekolah Wahine Yukun, setiap tahun perayaan-perayaan di Malaysia disambut oleh seluruh warga sekolah dan PIBG namun ini adalah kali pertama Majlis Sambutan Perayaan ini digabungkan dan dirayakan bersama pihak sekolah serta PIBG yang berbilang agama, kaum, budaya, dan fahaman.
Ini bertujuan menerapkan konsep penjimatan dan kesepaduan semua kaum, kata Wahine.
Beliau juga memuji kerjasama erat sekolah dan PIBG yang menjadi aset kecemerlangan sekolah ini.
Dalam ucapan perasmian, Reynold berkata bahawa beliau sangat teruja degan konsep majlis yang diadakan ini kerana hiasan pentas sahaja pun sudah menggambarkan mesej yang disampaikan dalam majlis ini.
“Majlis seperti ini memberi pelajaran secara terus kepada murid-murid bahawa peri pentingnya menjaga kebudayaan masing-masing dan juga hubungan sesama agar dapat mempertahankan keharmonian negara,” kata Reynold.
Pelbagai acara telah diadakan sempena majlis ini iaitu cabutan tiket bertuah, pertandingan bola sepak campuran, bola tampar, nyanyian solo, dan busana indah kategori murid Dan PIBG.
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian “Sayangi Malaysiaku” dan persembahan HIIS dibawah pimpinan Alumni Fairrymond Filipi. Kehadiran “Mickey dan Minnie Mouse” semasa gimik perasmian juga sangat mengujakan terutama sekali murid-murid.

More Stories
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara
Ceramah ‘Seronoknya Kimia’ perkasa pemahaman STEM dalam kalangan masyarakat
UMS perkasa pembelajaran STEM melalui program Living Lab @ Pantai Dalit