KOTA KINABALU: SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) memasuki tahun 2025 dengan kejayaan jualan kargo minyak mentah pertamanya bagi tahun ini yang dianggar menjana hasil RM100 juta.
Menerusi satu kenyataan, di sini, SMJE berkata jualan minyak mentah itu adalah yang kelapan di bawah kelayakan syarikat berkenaan daripada 50 peratus faedah penyertaannya dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Samarang.
Katanya, sejak penubuhannya, SMJE memberi tumpuan kepada membangunkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam industri minyak dan gas, berusaha ke arah pertumbuhan mapan sambil menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sabah.
“Dengan jumlah terkumpul hasil jualan minyak mentah dan gas lebih RM1.5 bilion setakat ini, jualan minyak mentah kebanyakannya untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
“Jualan gas pula dibekalkan secara eksklusif kepada pelanggan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan Labuan,” katanya.
Kenyataan itu menyebut pendekatan straregik SMJE berpusat kepada pelaburan yang menguntungkan, selain aset minyak dan gas janaan tunai dengan risiko penerokaan yang minima.
“Menerusi kerjasama dengan operator ternama yang mengekalkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kuat, syarikat kekal komited kepada pembangunan sumber yang bertanggungjawab dan kemajuan ekonomi Sabah.
“Pencapaian terbaharu ini menggambarkan pertumbuhan yang kukuh dan usaha berterusannya untuk meneroka peluang baharu dalam sektor minyak dan gas.
“Ia sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemain krtikal dalam industri,” katanya. – Info X
More Stories
UPKO Kota Marudu Fokus Persiapan PRN17, Mesyuarat Tritahunan Ditangguh
588 mangsa masih berlindung di 3 PPS di Beaufort
Beberapa daerah di Sabah dilanda hujan lebat petang ini