KOTA KINABALU, 18 Mac – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Telipok, Tuaran telah mencapai sebanyak 70 peratus penyertaan dalam Program Pecutan Akhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) E-Tuition 2021 bersama PPD Tuaran yang ditaja penuh oleh Yayasan WISDOM baru-baru ini.
Menurut Pengetua SMK Pekan Telipok, Dr Rutil Taising, terdapat empat sebab penyertaan pelajar boleh mencecah 70 peratus dalam program atas talian itu.
“Pertama, dorongan atau galakkan daripada pegwai-pegawai di PPD sendiri yang sering memberi, maklumat berkaitan E-Tuisyen kepada pihak pengetua dan saya anggap itu sebagai perkara pertama kerana keprihatinan pihak PPD yang sentiasa memberi galakkan kepada kami untuk memastikan pelajar kami dapat mengikuti aplkasi ini.
“Kedua, memastikan maklumat sampai kepada semua peringkat melalui saluran yang betul, pertama saya akan menghantar kepada pentadbir dan terus kepada guru kelas kemudian kami pastikan guru kelas mengantar maklumat kepada pelajar dan yang terakhir hantar kepada group Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
“Ketiga, Ibu bapa harus beri sokongan, kalau sekiranya ibu bapa tidak beri sokongan saya kira kami gagal memberikan penekanan betapa pentingnya aplikasi ini untuk pelajar,” katanya dalam bicara dasar secara talian (ZOOM) pada Rabu lepas.
Rutil menjelaskan bahawa, baginya aplikasi tersebut tidaklah penting dan yang pentingnya adalah pembelajaran, tetapi melalui aplikasi tersebut ia mampu menjadi medium untuk menyampaikan ilmu.
“Oleh kerana ilmu itu perlu disampaikan, jadi ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka dapat mengikuti program melalui media itu.
“Yang terakhir adalah kesedaran dari sebahagian pelajar-pelajar itu, kita anggap 70% itu adalah pelajar yang sedar terhadap kepentingan belajar,” jelasnya.
Dalam pada itu, Rutil memaklumkan ketika program ini diperkenalkan, sekolah mereka baru sahaja melaksanakan sebuah program yang dikenali sebagai 3S yang mempunyai empat program dimana dua daripadanya adalah program berkaitan.
“Mantap dialog prestasi merupakan idea daripada guru dan usaha daripada penolong kanan kokurikulum serta kerjasama ibu bapa bersama guru-guru agar Ibu bapa boleh melihat pencapaian anak-anak mereka.
“Seterusnya, program Sederap Prihatin yang mana hasil sumbangan dari guru, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang perseorangan berbentuk wang telah digunakan untuk menaja pelajar yang kurang mampu bagi membolehkan mereka menyertai program Yayasan WISDOM,” kata Rutil.
Ruti juga menjelaskan program E-Tuisyen tersebut mendapat maklum balas positif dari ibu bapa dan pelajar namun sepanjang program itu dijalankan mereka menghadapi beberapa cabaran.
”Saya rasa untuk mereka yang mengikuti program ini, maklum balas itu adalah positif tapi bagi mereka yang tidak mengikuti itulah cabaran. Contohnya tidak ada peranti, tidak ada talian dan data yang tidak cukup, jadi ini satu cabaran kepada ibu bada dan pelajar,” jelas Rutil.
Beliau juga, mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja penuh iaitu Yayasan WISDOM yang banyak membantu pelajar untuk menduduki SPM.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ