KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) pada bila-bila masa.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.
Beliau berkata segala persiapan sudah dilakukan dengan sebaik mungkin bagi memastikan proses pilihan raya itu berjalan lancar.
“Persiapan SPR ke arah pelaksanaan Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan tamat tempohnya pada November ini, pada dasarnya kita telahpun bersiap siaga.
“Malah, semua jentera di peringkat akar umbi telahpun bersedia untuk melaksanakan pilihan raya pada bila-bila masa.

“Tun Musa turut menasihati agar SPR dapat memastikan proses pilihan raya dilaksanakan dengan lancar bagi memastikan keamanan dan kestabilan politik di Sabah,” katanya.
Dalam kunjungan itu, Ramlan turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Tun Musa atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu.
Antara yang hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Sabah, Rohiman Rahia. –info x

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad