KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah akan menjalankan siasatan berhubung mesej serta beberapa keping gambar yang tular di media sosial berkenaan barangan bantuan makanan kerajaan Sabah yang kosnya kurang daripada RM100, baru baru ini.
Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berkenaan isu itu dan satu pasukan petugas atau ‘task force’ ditubuhkan di peringkat negeri.
“Task force ini untuk memantau perolehan dan pengagihan bantuan makanan berkenaan seperti mana yang dilaporkan.
“Pemantauan dan siasatan ke atas isu ini sedang dijalankan oleh SPRM Sabah,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, bantuan itu diberikan oleh kerajaan negeri di setiap Dewan Undang Negeri (DUN).
“SPRM Sabah akan terus berkerjasama dengan kerajaan negeri dalam memastikan bantuan itu dapat disalurkan kepada orang ramai tanpa berlakunya sebarang ketirisan,” katanya.
Difahamkan, bantuan itu diberikan orang ramai yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.
Terdahulu, satu mesej tular menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook mengenai nilai bantuan barangan keperluan harian tidak sampai RM100 di mana bantuan itu sepatutnya nilainya RM100.
Gambar barangan keperluan harian itu turut disertakan antaranya beras, gula, minyak biskut, sardin, maggi dan tepung.

Mesej yang tular itu juga mendakwa isunya bukan masalah tidak bersyukur tapi cuma mahu tegur kepada yang diberi tanggungjawab untuk agihkan bantuan tersebut.
Mesej itu juga menpersoalkan bantuan sepatutnya diterima dengan nilai RM100 kepada mereka yang memerlukan kerana itulah peruntukan tapi kenapa barangan yang diterima mereka tidak sampai dengan nilai RM100./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ