By: Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Sekolah Rendah Advent Bambangan punya misi tersendiri bagi menganjurkan satu larian sambil menderma RUN FOR FUN 2019 (R4F2019) yang bakal berlangsung pada 12 Ogos sempena cuti peristiwa hari raya aidil adha mempunyi misi tersendiri bagi mengisi tabung penyiapan asrama di sekolah persendirian SDA yang agak terpencil.
Jurucakap penganjur R4F Bambangan Pastor Juri Rumondok (Gambar) berkata, program tersebut mendapat sambutan menggalkan dikalangan para penggemar aktiviti riadah jogging dan para pelari disekitar daerah dan juga daerah berdekatan iaitu Kota Belud, Pitas dan Kudat.
“Urusetia kami semalam Jumaat( 09, 08.19) mececah 300 peserta yang sudah mengesahkan pendaftaran namun diharap ada lagi penambahan peserta di saat-saat akhir” katanya di sini selepas sesi larian pemanas badan dipekan Kota Marudu.
Pastor Juri yang juga pendeta SDA bagi kependetaan daerah Marak Parak berkata dalam cabaran SRA Bambangan Run for fun yang menyajikan pemandangan indah dimana dihadapan terbentang Gunung Kinabalu dan Nombukung (Tombukung)
Katanya,laluan sedikit berbatu kasar dan sedikit berbukit sejauh 8 kilometer merupakan laluan jalan berbatu dan hutan serta gunung Nambuyukung (Tambuyukung) di sebelah kiri dan pada sebelah atasnya dapat dilihat gunung Kinabalu.
Peserta turut melalalui sebuah jambatan gantung kira kira 120 meter bagi menyeberangi sungai Pangapuyan sebelum kembali ke taman Negara Serinsim dan kepenamat.
Bercakap pasal projek asrama SRA Bambangan, Pastor Jurie berkata, asrama berukuran 20’ x 40’ boleh menampung seramai 20 orang murid yang bersekolah dimana kebanyakan pelajar terdiri daripada mereka yang daif dan kurang berkemampuan.
“Diharap dengan berkat derma dan sokongan orang ramai dalam pembangunan asrama, pembelajaran dikalangan penduduk kampung Bambangan yang berjumlah kira kira 30 buah keluarga itu akan dapat sinar pada masa hadapan” katanya.
Sehubungan itu katanya, “bagi yang mereka baru kali pertama datang ke Serinsim dan suka bersantai, peserta akan menikmati pemandangan dan udara segar pasti tidak akan rugi dengan penyertaan yang amat rendah dan antara kemudahan penginapan serta terdapat kantin yang menyediakan makanan yang terdapat di stesyen Taman Negara Sabah Kinabalu Sub Sorinsim.”
“Selain dapat menderma setiap peserta larian akan mendapat pingat serta sehelai baju t-shirts yang menggambarkan larian SRA Bambangan serta insuran kemalangan peserta (PA).
Kampung Bambangan terletak 45 kilometer dari pekan Kota Marudu satu ketika dahulu merupakan antara paling kampung terpencil di daerah ini dan sukar dilalui cuma kereta pacuan empat roda 4WD boleh melaluinya namun semenjak beberapa tahun kerajaan menaik taraf jalan kini jalan raya agak baik,” katanya.

More Stories
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara
Ceramah ‘Seronoknya Kimia’ perkasa pemahaman STEM dalam kalangan masyarakat
UMS perkasa pembelajaran STEM melalui program Living Lab @ Pantai Dalit