Anita Ditemani Majamis menyampaikan bantuan KWAMP kepada salah seorang penerima dari 302 SK Simpangan, kelihatan GB Mohd. Faizal di belakang.
By: Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Ibubapa mempunyai tanggungjawab yang tinggi bagi mendidik dan membesarkan anak bukanlah satu perkara yang mudah apalagi pada masa kini yang menghadapi era ledakan teknologi yang kian mencabar.
Wakil Rakyat Tandek Datuk Anita Baranting berkata, mendidik anak-anak zaman sekarang berbeza, ibubapa perlukan komitmen dan kemahiran yang tinggi mulai dari rumah lagi, manakala apabila meningkat dewasa dan bersekolah anak-anak pula disandarkan pada guru dan guru juga memerlukan ilmu dan daya tahan serta bersedia menghadapi cabaran dalam era pendidikan globalisasi.
Anita berkata pada majlis penyampaian bantuan KWAMP kepada para pelajar yang layak di SK Simpangan petang tadi, sebelum pagi tadi (khamis ) Anita turut melakukan lawatan yang sama ke SK Marak Parak meluangkan masa bersua dengan ibubapa dan para pelajar dan memberikan motivasi kepada para pelajar calon peperiksaan UPSR tahun ini.
Katanya, pemberian bantuan KWAMP juga memotivasikan ibubapa agar sentiasa bersyukur kepada pihak kerajaan masa kini, jika dibandingkan pada era tahun 60-70an bantuan seumpama itu tidak pernah wujud.
Sehubungan itu Anita menasihati ibubapa bahawa anak-anak yang menerima kemudahan tersebut tidak mambazir wang dengan membeli barang yang tidak berfaedah sebaliknya mempergunakan wang sebagai belanja dan membeli bahan keperluan dalam membantu pembelajaran anak-anak mereka.
Anita yang di temani Ketua Bahagian Parti Warisan Kota marudu Majamis @ Mohn Jeffery Timbong dan Timbalannya Dato Sardik Dato Hussen bersama Guru Besar Sk Simpangan Mohd Faizal sebelum itu disambut oleh ahli-ahli PIBG dan turut meninjau sekitar kawasan sekolah tersebut.
Dalam pada itu, seramai 246 orang pelajar yang layak menerima bantuan KWAMP dan selebihnya 56 orang adalah penerima e-kasih yang masing-masing menerima sebanyak RM100 seorang.

More Stories
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara
Ceramah ‘Seronoknya Kimia’ perkasa pemahaman STEM dalam kalangan masyarakat
UMS perkasa pembelajaran STEM melalui program Living Lab @ Pantai Dalit