KUALA LUMPUR, 17 Mac – Isu jumlah kekosongan guru yang belum diisi di Sabah dan status terkini pengambilan khas guru secara sekali (one-off) antara perkara yang dibangkitkan menerusi sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Perkara itu disuarakan oleh Ahmad Hassan (WARISAN-Papar) kepada Menteri Pendidikan yang antara lain meminta kerajaan menjelaskan jumlah guru yang ditempatkan di Sabah, jumlah rakyat Sabah akan mengisi kekosongan itu dan tempoh ia akan dilaksanakan.
Melalui suara itu, Menteri Pendidikan I, Dr. Mah Hang Soon menyatakan bahawa daripada rekod Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sehingga 13 Mac 2022, keperluan guru di Sabah adalah sebanyak 1,220 orang.
“KPM telah mengumumkan pengambilan khas seramai 18,702 orang pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) gred Dg41 secara sekali bagi mengisi kekosongan guru di sekolah bawah KPM termasuk di Sabah.
“Urusan pengambilan PPP adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak penguatkuasa melantik,” katanya.
SPP telah mengumumkan tawaran lantikan tetap sebagai PPP Dg41 kepada 13,760 orang calon yang berjaya dalam temuduga secara berperingkat bermula 1 November 2021 sehingga 1 Mac 2022.
“Sehingga Mac 2022, seramai 8,427 orang guru baharu telah ditempatkan diseluruh negara di bawah pengambilan khas,” jelasnya.
Selain itu, beliau turut menyatakan pengambilan guru kontrak juga adalah merujuk kepada Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (PPM) 2013 – 2025 berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM.

More Stories
Madius minta MITI perjelas langkah kerajaan tingkatkan KDNK Sabah dalam industri pembuatan
Kerajaan Perkukuh Kesalinghubungan Digital POIC Lahad Datu Melalui Pelan JENDELA
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius