[ad_1]
Istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan yang akan diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-252 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara akan turut menyaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Di hadapan sultan dan raja Melayu, kerabat diraja serta dif-dif kenamaan, Sultan Abdullah akan menandatangani Surat-surat Perisytiharan Memegang Jawatan, yang isi kandungannya dibacakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dijadual berangkat dari Istana Abdulaziz, Kuantan pada 7.00 pagi ke ibu negara bagi menghadiri istiadat berkenaan.
Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 akan bermula di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 8.30 pagi.
Rombongan diraja kemudian akan berangkat ke Dataran Parlimen bagi acara sambutan rasmi sebelum ke Istana Negara untuk istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan.
Sultan Abdullah menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan pada 6 Jan lepas.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Wanita Dakwa Ditukar Agama Kepada Islam Tanpa Izin, Sindiket Libatkan Ahli Keluarga Dalam Politik?
Polis Tawau rampas dadah jenis syabu 2.43kg bernilai RM87,000
‘Berubahlah, makin tua sudah’ – nasihat hakim kepada pesalah tegar dadah