SUPOL BEKAS MENTERI PERSEKUTUAN, PENGARAH JABATAN KERAJAAN DITAHAN SPRM

KOTA KINABALU: Setiausaha politik kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong, iaitu Martin Tommy direman enam hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut laporan sebuah portal tempatan, selain Martin yang juga seorang peguam, turut ditahan ialah pengarah sebuah jabatan kerajaan.

Mereka dikatakan ditahan bagi membantu siasatan kes yang sedang disiasat agensi berkenaan

Portal berkenaan memetik sumber melaporkan Martin ditahan di Kuala Lumpur semalam dan segera diterbangkan balik ke negeri ini.

Beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pagi ini dan SPRM berjaya mendapatkan perintah reman selama enam hari untuk membantu siasatan.

Sementara itu, pengarah terbabit pula ditahan SPRM Rabu lalu dan direman selama empat hari bermula semalam.

Difahamkan siasatan terhadap pengarah itu tidak berkaitan dengan jawatannya sekarang, sebaliknya membabitkan kes yang berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Sumber berkenaan seperti dilaporkan portal berkenaan juga turut berkata, siasatan ke atas Martin dan pengarah terbabit dijalankan penyiasat SPRM dari Putrajaya.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *