KOTA KINABALU: Kesemua pemain Tambadau Sabah kini dipantau kecergasan mereka oleh jurulatih menggunakan medium media sosial.
Para pemain kini hanya berlatih sendiri di rumah mengikut program latihan yang telah disusun untuk mereka oleh jurulatih kecergasan, Sofie Imam Faizal.
Pengurus Tambadau Sabah, Henry Soimpon, berkata, latihan kecergasan kesemua pemain dipantau menerusi aplikasi Whatsapp di mana mereka wajib menghantar video latihan.

“Program latihan juga disusun atur oleh ‘coach’ Sofie dan kadang-kadang mereka berlatih secara langsung menggunakan ‘video call’.
“Tidak dinafikan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang diumumkan kerajaan menjejaskan pasukan terutama dari segi latihan
“Bagaimanapun, kami akur dan patuh dengan perintah berkenaan, apa yang boleh kami lakukan adalah mengekalkan kecergasan pemain,” katanya ketika dihubungi, di Kota Kinabalu, hari ini.

Henry berkata, selain menjalani latihan di rumah, para pemain juga diingatkan supaya mematuhi PKP dengan tidak keluar rumah jika tiada urusan penting.
“Kita mahu mereka kekal cergas dan kita juga mahu mereka bebas dari sebarang penyakit termasuk Covid-19 yang telah meragut banyak nyawa,” katanya.

Setakat empat aksi Liga Super musim ini, skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto itu kini berada di kedudukan … liga selepas mencatat satu kemenangan, dua kali seri serta satu kekalahan.
Tambadau sebelum ini mencatat keputusan seri 0-0 dengan PDRM dalam aksi pertama di gelanggang lawan seterusnya menang 3-1 ke atas Felda United di Stadium Likas.
Bagaimanapun, rekod tanpa kalah mereka lebur di perlawanan ketiga apabila kecundang 0-2 kepada Pahang di Kuantan.
Aksi terakhir Tambadau sebelum saingan Liga Super direhatkan akibat wabak Covid-19 menyaksikan mereka mencatat keputusan seri 2-2 dengan Perak di gelanggang sendiri./BERITA SABAH

More Stories
Pasukan Tommy Hardware juara Pertandingan Open Double Dart Challenge
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee