[ad_1]
PUTRAJAYA, 5 Mac (Bernama) — Seorang individu bergelar ‘Tan Sri’ yang juga anggota pengurusan tertinggi sebuah kuil di Batu Caves, direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung pembangunan sebidang tanah milik Kuil Sri Mahamariamman Devasthanam di Jalan Bandar, Kuala Lumpur.
Turut direman bagi tempoh sama ialah dua individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan itu.
Majistret Nik Muizuddin Nik Muhammad memerintahkan tiga individu itu ditahan sehingga Khamis ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Sumber SPRM memberitahu penahanan itu adalah susulan serbuan ke atas rumah ‘Tan Sri’ berkenaan petang semalam selain penggeledahan yang dilakukan di pejabat pengurusan kuil di Batu Caves.
…..
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu