[ad_1]
Dr Lee yang juga Anggota Parlimen Gopeng berkata tapak seluas 24.3 hektar itu terletak kira-kira 10 kilometer dari tapak hospital sedia ada.
“Tadi saya melawat tapak itu yang saya rasa paling sesuai seperti yang dicadangkan Jabatan Kesihatan negeri, Pejabat Daerah dan Tanah… saya tengok dari segi lokasi agak sesuai.
“Namun ada isu yang memerlukan pengambilan tanah kerana sebahagian tanah adalah milik swasta, sebahagian milik kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Kampar di sini hari ini.
Dr Lee berkata sekiranya keputusan untuk menggunakan tanah itu dapat diputuskan secepat mungkin, kerja-kerja pengambilan tanah dijangka dapat dilakukan seawal tahun depan.
Dr Lee juga berkata terdapat beberapa cadangan untuk pengambilan tanah tersebut termasuklah pertukaran tanah..
“Kita sudah ada satu tapak di bawah kementerian sama ada kita boleh lakukan land swapped (pertukaran tanah) atau cara lain seperti peruntukan khas bagi membina hospital baharu yang akan diputuskan oleh kerajaan persekutuan serta kerjasama kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata sekiranya Hospital Kampar yang baharu dengan kos bernilai kira-kira RM120 juta siap, ia boleh menempatkan 90 katil pesakit berbanding 68 di hospital sedia ada.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu