TELUPID/TONGOD JUARA BOLA BALING WANITA SUKAN PEDALAMAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2019

Pasukan Bola Baling Telupid/Tongod bersama Mistrine dan Suhaimi bergambar selepas perlawanan akhir.

TELUPID: Pasukan Wanita Sukan Pedalaman Telupid/ Tongod muncul juara dalam acara Bola Baling Sukan Pedalaman Peringkat Negeri Sabah 2019 yang telah dilangsungkan di Tambunan baru-baru ini.

Penguasaan pasukan ini jelas dari peringkat separuh akhir dengan menewaskan tuan rumah Tambunan 9-5.

Di peringkat akhir mereka bermula agak suram dengan ketinggalan 5-3 kepada Pasukan Ranau pada separuh masa pertama ekoran daripada jaringan yang tidak tepat dan taktikal yang telah dibaca oleh pihak lawan sewaktu kedua-dua pasukan bertemu di peringkat kumpulan lagi. 

Setelah menukar taktikal dan strategi yang baharu mereka bangkit pada separuh masa kedua dengan berkejar mata demi mata sehinggalah 3 minit sebelum perlawanan tamat, hasil daripada hantaran Heppysiah Raimee  ke arah Cherrie Lyesa Nosmin sekaligus  menyumbat gol kemenangan yang menjadikan keputusan 9-7 untuk acara ini. 

Perlawanan akhir itu turut disaksikan sendiri oleh Pengarah Pendidikan Sabah Dr Mistrine Radin, Suhaimi Sun  Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menurut jurulatihnya Charles Doddy Joilin kejayaan pasukan bimbingannya adalah kerana sikap tidak mudah mengalah biarpun ketinggalan.

Bimbingan taktikal strategi daripada jurulatih bola baling kebangsaan Honorius Sualeh dan Welter Petrus semasa latihan pusat Di SMK Penangah juga membantu untuk merealisasikan kejuaraan pada kali ini. 

Sokongan moral  Wan Muhammad Hasbi, Muhd Lex Qayyum  dan Cik Veoney juga merupakan faktor kejayaan  pasukan tersebut selain daripada pemain yang mengikut arahan jurulatih.

Tidak dilupakan sokongan dari pihak Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Telupid, Tongod dan pihak sekolah juga menyebabkan pengurus dan jurulatih bersemangat untuk membawa kejayaan pasukan berkenaan.

Heppysiah Raimee telah dinobatkan sebagai Pemain Harapan Bola Baling Sukan Pedalaman 2019 manakala rakannya Cherrie Lyesa Nosmin menerima Anugerah Pemain Terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *