KOTA KINABALU: Cubaan seorang lelaki yang nekad untuk membunuh diri berjaya diselamatkan selepas tersangkut di bumbung tingkat tiga Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas, di sini malam tadi.
Lelaki berusia 62 yang dipercayai tertekan selepas ditahan sejak beberapa hari lalu, dillaporkan terjun dari tingkat enam hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati, mangsa ditempatkan di hospital berkenaan selepas didapati menghidap penyakit kanser dan positif Covid-19.
Katanya, mangsa dipercayai tertekan sebelum mengambil keputusan berkenaan namun polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.
“Mangsa yang parah akibat kejadian itu, diselamatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tiba dilokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
“Mangsa kini dirawat di hospital sama dan siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mengambil keterangan mangsa,” katanya.
Habibi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ