TIADA BAZAR RAMADAN SELAGI PKP DILAKSANAKAN

KOTA KINABALU: Tiada bazar Ramadan dibenarkan beroperasi selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Bagaimanapun, sekiranya PKP ditamatkan, pihak Majlis Keselamatan Negara akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi menentukan perkara berkenaan.

“Kita akan sediakan SOP selepas PKP, maka soal berkaitan bazar Ramadan akan ditentukan selepas ini sama ada boleh dilaksanakan atau dilaksanakan dengan SOP-SOP tertentu.

“Cuma selagi PKP fasa 2 diteruskan atau tiba-tiba ada PKP lain, pasar Ramadan tidak dibenarkan,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media di ibu negara, hari ini./BERITA SABAH