TIADA CAJ PENGELUARAN RM1 DI SEMUA MEPS

KOTA KINABALU: Semua mesin Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) akan memberi pengecualian caj pengeluaran RM1, berkuatkuasa Isnin ini sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah berkenaan bagi memastikan orang ramai tidak berpusu-pusu membuat pengeluaran wang menerusi kaunter juruwang.

“Oleh itu, kerajaan memutuskan semua institusi perbankan dan ‘paynet’, akan mengecualikan caj pengeluaran wang di semua rangkaian MEPS, berkuat kuasa 6 April ini hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini akan memberikan ruang dan kemudahan kepada rakyat untuk menggunakan mesin ATM yang disediakan, tanpa mereka perlu berpusu-pusu ke bank semata-mata hendak mengeluarkan wang,” katanya pada sidang media di ibu negara, hari ini./BERITA SABAH