KOTA KINABALU: Kerana tiada penjarakan sosial, seramai 12 individu termasuk penjaga premis dikenakan kompaun oleh sepasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
Mereka didapati ingkar terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika serbuan dibuat di kawasan Damai Plaza, di sini, pukul 11 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketika pasukan serbuan sampai di premis berkenaan, operasi pemeriksaan terus dijalankan.
“Pemantauan mendapati penjaga premis membenarkan pelanggan-pelanggan makan dan minum di dalam premis tanpa penjarakan sosial semasa tempoh PKPB.
“Semua individu berkenaan didapati ingkar arahan yang dikeluarkan semasa dalam tempoh PKPB dan melakukan kesalahan di bawah Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB), (No.8), Peraturan 10 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 11,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Habibi berkata, kompaun yang dikenakan terhadap semua membabitkan kesalahan mengikut Perkara 10 PPPDPPB (No.8) 2020.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ