KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah, hari ini, memutuskan tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri, tahun ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata masyarakat Islam di negeri ini juga diminta menunaikan solat sunat Tarawih pada bulan Ramadan nanti di rumah masing-masing.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, di sini, hari ini.
Sementara itu, Shafie turut berkata persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal berlangsung bermula 16 hingga 23 April depan hanya membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sahaja.
“Hanya ADUN dan beberapa pegawai kerajaan dibenarkan untuk menyertai persidangan DUN terbabit.
“Acara rasmi kawalan kehormat dan jamuan semasa perasmian sidang DUN seperti kebiasaanya juga tidak akan dijalankan.
“Hal ini adalah salah satu langkah kita mengurangkan kemungkinan penularan wabak Covid-19,” katanya./BERITA SABAH

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad