Warning: mysqli_query(): (HY000/1021): Disk full (/tmp/#sql_267f_1.MAI); waiting for someone to free some space... (errno: 28 "No space left on device") in /home/beritasabah/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 2349
February 26, 2024

Warning: mysqli_query(): (HY000/1021): Disk full (/tmp/#sql_267f_1.MAI); waiting for someone to free some space... (errno: 28 "No space left on device") in /home/beritasabah/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 2349

Tiga bulan selesaikan isu kebersihan tandas milik DBKK di kawasan bandaraya – Sabin

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberikan tempoh selama tiga bulan bagi meningkatkan tahap kebersihan tandas awam yang terdapat di sekitar ibu negeri.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, tempoh masa tersebut dilihat sangat mencukupi memandangkan timbul sedikit rungutan dalam kalangan peniaga serta warga bandaraya terhadap tandas awam milik DBKK.

Katanya, sejak beberapa hari lalu dalam siri lawatan ke Anjung Senja, Pasar Malam Sinsuran pasar malam Sembulan isu tandas serta permukaan jubin lantai yang licin mendapat maklum balas yang kurang memuaskan.

“Kita akan pastikan dalam tempoh tiga bulan isu kebersihan tandas ini akan dapat diselesaikan sekali gus mencerminkan imej sebenar bandaraya agar menjadi tumpuan pelancong.

“Saya sendiri melihat, memeriksa beberapa tandas awam milik DBKK. Ada ruang untuk ditambah baik agar ia dapat digunakan secara meluas khususnya dalam kalangan warga bandaraya.

“Dalam tempoh tersebut saya akan kerap kali turun memeriksa keadaan tandas ini serta aduan lain bagi memastikan kita dapat ambil tindakan sekali gus diselesaikan secara berperingkat-peringkat,” katanya dalam lawatan di sekitar kawasan Foh Sang di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang dan Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Chan Foong Hin.

Sabin berkata, ini adalah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) utama yang perlu dicapai oleh DBKK bagi memastikan Bandaraya Kota Kinabalu mesra kepada pengguna serta boleh dilawati oleh semua lapisan masyarakat termasuk pelancong.

“Kita akan memberikan perhatian kepada isu yang dibangkitkan oleh orang ramai dalam siri lawatan beberapa hari lalu. Bukan terhad kepada masalah tandas sahaja malah aduan lain yang ditimbulkan oleh orang ramai.

“Selain itu isu utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang termasuk kelewatan penyiapan projek Cadangan Membina Tempat Letak Kereta Bertingkat di Foh Sang Luyang boleh disiapkan dalam tempoh terdekat,” jelas Sabin.

Menurutnya, projek ini adalah dibawah kendalian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang membina bangunan enam-tingkat untuk memasukkan pasar basah dan kering dengan 92 gerai, dengan ruang parkir yang boleh menampung sehingga 320 kereta.