TIGA DITAHAN PECAH MASUK KEDAI

SANDAKAN: Tiga lelaki yang dipercayai memecah masuk kedai 24 jam pada Isnin lalu berjaya diberkas sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

Semua suspek berusia antara 21 hingga 27 tahun itu ditahan pagi tadi di kawasan parit BDC, Jalan Buli Sim-Sim.

Turut dirampas daripada suspek adalah dua pisau, satu pisau kerambit dan satu paket plastik jernih disyaki syabu.

Ketiga-tiga suspek dipercayai menjadi dalang kes pecah masuk kedai 24 jam di Bandar Megah Jaya yang mennyebabkan pemilik kerugian kira-kira RM5,000.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin mengesahkan penahanan semua suspek.

“Siasatan awal juga mendapati mereka terbabit dengan beberapa kes jenayah curi, samun dan pecah rumah di daerah ini,” katanya.

Kes disiasat mengukut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit./BERITA SABAH