TAWAU: Tiga lelaki termasuk remaja berusia 15 tahun ditahan polis, semalam kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun keluar rumah dan tidak pulang, di Jalan Utara, di sini, pada 18 Ogos lalu.
Katanya, siasatan mendapati remaja perempuan terbabit telah keluar rumah sejak 23 Ogos lalu dan kes disiasat mengikut laporan orang hilang.
“Kira-kira jam 1 pagi, semalam, remaja perempuan itu ditemui dalam keadaan selamat di Jalan Tengku Osman, di sini.
“Ketika berada di Balai Polis Tawau, pada 3 pagi, remaja terbabit memaklumkan bahawa dia dirogol oleh tiga lelaki yang dikenalinya. Laporan polis dibuat dan siasatan lanjut dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Susulan itu katanya, tiga lelaki tempatan berusia 15 hingga 29 tahun ditahan di sekitar daerah ini bagi membantu siasatan.
“Semua suspek direman bermula hari ini sehingga 4 September depan bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ