SEMPORNA : Empat kes rompakan bersenjata yang berlaku di perairan Tawau dan Kunak baru-baru ini dianggap selesai dengan penangkapan tiga lelaki warga asing.
Komander ESSCom DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkat, ketiga-tiga lelaki itu berjaya ditahan dalam dua serbuan di Pulau Nusa Tengah dan Pulau Omadal, di sini.
“Serbuan pertama dilakukan kira-kira jam 9.30 malam pada Jumaat di sebuah rumah tidak bernombor di pondohan kawasan laut Pulau Nusa Tengah, Semporna.
“Sebaik serbuan dilakukan, pasukan keselamatan mendapati terdapat dua lelaki di dalam rumah tersebut dan cuba melarikan diri daripada ditahan.
“Salah seorang daripada suspek bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan yang mengakibatkan suspek mengalami kecederaan di bahagian mata kiri,” katanya dalam kenyataan media, di sini.
Ahmad berkata, pemeriksaan lanjut mendapati, pasukan keselamatan menemui sepucuk pistol bersama peluru hidup di dalam beg silang suspek.
Ujar beliau, serbuan kedua pula dilakukan pada jam 7 pagi pada Sabtu di sebuah rumah tidak bernombor di Pulau Omadal, di sini.
“Seorang lelaki yang berada di dalam rumah tersebut cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan keselamatan untuk menjalankan serbuan, namun suspek berjaya ditahan,” katanya.
“Menurutnya, kesemua barang rampasan termasuk pistol colt, seunit kelopak berisi 6 butir peluru,19 butir peluru jenis, parang, enjin sangkut 30hp, telefon bimbit, beg silang dan sebuah perahu dianggarkan bernilai RM12,700.”
“Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 (KK) kerana rompak berkumpulan bersenjata,” katanya.
TIGA WARGA ASING DITANGKAP, EMPAT KES ROMPAK DIPERCAYAI SELESAI

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ