Lahad Datu : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin tiba di Lapangan Terbang Lahad Datu pada jam 5.40 petang tadi bagi menghadiri beberapa acara rasmi di daerah ini.
Tun Juhar yang diiringi oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ruslan Muharam dijadual akan merasmikan Masjid Daerah Kecil Tungku, esok dan Penjara Lahad Datu pada Selasa.
Ketibaan Tun Juhar disambut oleh Timbalan Komisioner Jabatan Penjara, Datuk Ibrisam Abd Rahman; Pegawai Daerah, Firuz Idzualdeen @ Bennety Mohd Dzul; Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos dan beberapa wakil agensi lain.-SABAH MEDIA
More Stories
Seramai 650 pendatang asing tanpa izin dihantar pulang dari sandakan
Wanita cedera kereta terbabas ke dalam gaung
Dakwa warga China kerja tanpa permit, pengusaha pelancongan tempatan di Semporna lapor polis