[ad_1]
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — Penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang dilaksanakan secara percubaan bermula hari ini, tidak menjejaskan bilangan pengunjung di kawasan tersebut yang sering menjadi tumpuan warga kota untuk membeli-belah.
Tinjauan Bernama mendapati, walaupun laluan dari Jalan Esfahan berhampiran kompleks beli-belah Sogo hingga ke Jalan Melayu ditutup, ratusan pengunjung tetap meluangkan masa bersama keluarga mereka sambil membeli barangan peribadi seperti baju, seluar dan tudung.
Turut kelihatan beberapa pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengawasi persimpangan laluan sebelum memasuki jalan berkenaan bagi membantu mengurangkan kesesakan di jalan berhadapan Sogo.
…..
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu