Umat Islam di Masjid At-Taqwa terharu dengan kehadiran Madius

KOTA KINABALU, 1 April – Kehadiran Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ke Masjid At-Taqwa Perumahan Laya-Laya disambut baik oleh ahli jemaah masjid baru-baru ini.

Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat masalah yang dihadapi oleh ahli Jemaah masjid.

Menurut Pengerusi Masjid At-Taqwa, Darisik Muyong, kehadiran Madius ke Masjid tersebut menunjukkan beliau prihatin terhadap rakyat tanpa mengira kaum dan agama serta mengharukan.

“Saya agak terkejut dengan kehadiran DSP Madius yang turun padang untuk melihat keadaan di sini dan kita sangat-sangat berterima kasih,”kata Darisik ketika ditanya pemberita.

Sebelumnya, Darisik berkata bahawa masjid terbabit mengalami banjir teruk disebabkan sistem perparitan yang tidak sistematik.

“Banjir yang berlaku baru-baru ini telah mengakibatkan masjid tersebut tenggelam hingga ke ruang solat masjid, bilik musyawarah dan bilik pejabat, dan ini berpunca daripada perparitan yang tidak begitu lancar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap pihak berwajib terutamanya pihak Majlis Daerah Tuaran dapat melaksanakan tanggungjawab untuk mengatasi masalah tersebut bagi mengelakkan banjir berlaku.