UMNO KB : MUSBAH TIDAK HARUS DICALONKAN, KERUSI TEMPASUK MILIK UMNO

KOTA BELUD: UMNO Kota Belud bertekad akan mempertahankan Tempasuk, sekali gus menolak sekiranya penyandang kerusi itu, Musbah Jamli dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan ketua bahagiannya, Selamat Antang berkata, penyandang kerusi Tempasuk, Musbah Jamli tidak harus diberi peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang selepas beliau bertindak keluar daripada parti itu, sebelum ini.

Katanya, Musbah sebelum ini memenangi kerusi Tempasuk iaitu kawasan di bawah parlimen Kota Belud atas tiket Barisan Nasional (BN) namun kemudiannya keluar daripada Umno untuk menyertai Warisan.

“Musbah telah keluar meninggalkan parti UMNO pada 12 Disember 2018 dan menyertai Warisan yang menyokong Pakatan Harapan (PH)

“Beliau sudah tidak sesuai untuk dicalonkan semula untuk mewakili mana-mana parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Terdahulu, selepas menyertai Warisan, Musbah pada 30 Julai bertindak keluar pula daripada parti pimpinan Mohd Shafie Apdal itu untuk menyertai blok bekas ketua menteri, Musa Aman.

DUN Tempasuk sebelum ini telah dimenangi oleh Umno selama enam penggal berturut-turut.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *