Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Beluran menyampaikan bantuan kepada Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Daerah Telupid, kelmarin.
Penyampaian disempurnakan Ketua UPKO Beluran, Felix Joseph Saang.
“Hari ini (kelmarin) saya dan beberapa rakan seperjuangan berkesempatan memberikan sedikit sokongan kecil kepada Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Daerah Telupid.
“Terima kasih diatas penerangan dan penjelasan Dr. Azri Ramli, Pegawai Klinik Kesihatan Telupid tentang keadaan dan situasi semasa.
“SOP dipatuhi sepenuhnya dan kami hanya berada ditempat yang dibenarkan oleh KKM, jauh dari pusat dewan kuarantin,” ujarnya dalam hantaran facebook peribadinya.
Pada penyampaian sumbangan itu Felix dan rombongan turut diberi taklimat ringkas tentang PKRC yang ada di daerah berkenaan.
“Saya dimaklumkan terdapat 4 PKRC di daerah Telupid setakat ini iaitu, PKRC Klinik Kesihatan Telupid (KKT), PKRC Dewan Serbaguna Pekan Telupid (DSPT), PKRC Ribu Bonus dan PKRC Tawai.
“Kita amat berharap agar kesemua pusat kuarantin ini dapat beroperasi sebaik mungkin. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
“Kita doakan agar mereka yang telah dikuarantin akan segera sembuh dan daerah kita kembali ke status zon hijau dalam masa terdekat ini,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ