KOTA MARUDU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Marudu menyokong Mesyuarat Tritahunan parti itu ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Ketua Bahagiannya, Jamil Majingkin berkata, perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Bahagian yang diadakan baru-baru ini.
Katanya, sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai perkara penting turut dibincangkan sebagai persiapan menjelang PRN17.

“Keputusan menangguhkan Mesyuarat Tritahunan dibuat selaras dengan keputusan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dalam mesyuarat baru-baru ini.
“Langkah ini bertujuan untuk memberi tumpuan penuh kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang dijangka berlangsung tahun ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pemuda UPKO Kota Marudu, Pillexson James dan Ketua Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC), Suzie Salapan.
Jamil berkata, mesyuarat turut membincangkan takwim tahunan termasuk perancangan aktiviti sepanjang tahun 2025.
Katanya, UPKO Kota Marudu akan terus bergerak progresif dalam menghadapi cabaran politik semasa.
“Semoga parti ini terus menjadi kekuatan kepada rakyat, khususnya di Kota Marudu, dalam menghadapi PRN17 dan memastikan kelangsungan perjuangan yang berteraskan hak serta kepentingan rakyat Sabah,” katanya.
More Stories
Terima rasuah babitkan Rumah Mesra SMJ, Pegawai Kemajuan Masyarakat ditahan SPRM
623 Pati Filipina dihantar pulang
KPDN Sandakan siasat 15 kes seleweng barang kawalan