PITAS : Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kudat telah mengadakan mesyuarat jentera pilihan raya UPKO Bengkoka pada Jumaat 15 November lalu di Pitas yang dipengerusikan oleh Ketua UPKO Bahagian Kudat, Junsim Rumunzing.
Mesyuarat itu menekankan kepentingan pembentukan jentera di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) sebelum Disember ini untuk diserahkan kepada Ibu Pejabat UPKO.
Junsim turut mengingatkan bahawa setiap Ketua PDM perlu melantik individu yang sesuai untuk jawatan dalam jentera kempen bagi memastikan kelancaran gerakan kempen.
Beliau juga menyeru agar ruang yang mencukupi diberikan kepada anggota jentera untuk mempelajari dan memahami tanggungjawab mereka, bagi memperkukuhkan kekuatan parti sejak awal.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Jentera Pilihan Raya UPKO Bengkoka, Innocent Lasimbang, Timbalan Ketua Jentera Pilihan Raya merangkap Ketua Kempen, Dr. Ahsween Hilary Akian dan Bruslim Mergunzil yang bertanggungjawab dalam bahagian logistik serta Ketua-Ketua 10 PDM bagi kawasan N2 Bengkoka.
Dalam mesyuarat tersebut, Innocent Lasimbang menyampaikan taklimat mengenai tugas-tugas Ketua PDM dan jentera yang dilantik.
Mesyuarat ini juga menyaksikan penerimaan 30 borang keahlian baharu UPKO dan borang penubuhan cawangan Kampung Dowokon, yang menandakan komitmen dan sokongan masyarakat setempat terhadap parti.
More Stories
Pembinaan semula jambatan Pekan Tuaran – Sg Damit disenaraikan dalam RP5 RMKe-12 dengan kos RM30 juta: Kementerian Ekonomi
‘DUN Sabah bubar Ogos 2025’
Jelajah UPKO Gelombang Pantai Timur Cawangan Baharu Kg Sg Beruang Libaran dibentuk, perjuangkan hak rakyat di akar umbi