

Gambar oleh Rayner Majantim
KENINGAU: (31 Ogos 2018). UPKO merupakan “Rumah Kami” sebagai tempat kami memperjuangkan masa depan yang lebih baik kata pemangku ketua Bahagian Upko P.180 Keningau semasa Sesi taklimat dan soal jawap serta Program Pemimpin Bersama Rakyat yang di hadiri oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah Datuk Seri Panglima berlansung di Kg.Senagang.
Dengan tomahan, kejian dan hasutan yang di sebarkan oleh pihak yang dengi dengan parti Upko serta pemimpinnya, tidak sama sekali melemahkan perjuangan dan prinsip parti ini dengan pembukaan 4 lagi cawangan baru dan kemasukan ahli baru membuktikan parti ini adalah pilihan ramai sekarang kata TKM.
TKM juga turut mencabar kepada sesiapa yang menuduh bahawa beliau bersekongkol dengan kegiatan pemberian kad pengenalan agar terus membuat laporan polis bagi memastikan berita tersebut benar atau pun tidak.
Tuduhan yang di sebarkan dalam media siosal seperti ini amat membimbangkan beliau dan mahu pihak polis membuat siasatan bagi mengetahui siapa dalang semua perkara tersebut.
Kemasukan seorang lagi Pensyarah dari Institut Penguruan Malaysia kampus Keningau, linus Sunping dari kg.kiulu baru Sook dalam misi visi memperkukuhkan parti Upko di Sook selepas menyertai dan menyerahkan borang keahlian baru beliau kepada TKM.
Seramai 425 orang dari 13 cawangan kampung dimana Blasius Ragkub dari kg.Senagang Laut menyerahkan 79 borang keahlian baru pada majlis tersebut.
Penolong Pegawai Pendaftaran Kanan (JPN) Keningau, Rinik Sundang serta Pegawai Khas dari Pejabat Dearah Keningau Kasim Luno turut hadir dan memberi penerangan dan penjelasan isu-isu tanah,kad pengenalan dan hal-hal semasa.
Turut hadir Penasihat parti Upko Keningau Datuk Dr.Laurentius Nayan Ambu serta Datin Dr.Juliana Jani dan Exco Pemuda Nasional Kennedy John.

More Stories
Calon UPKO Norfadzlina Ramsah terbaik wakil rakyat baharu DUN Labuk
Tanjung Aru Voters at the Heart of Dennison Indang’s Vision for Change
A strategic discussion in Malaysia’s Sabah