Tiga sayap Upko Tuaran bergambar di hadapan balai polis Tuaran selepas membuat laporan polis tadi. Manakala gambar kecil salinan laporan polis. Gambar Ehsan Upko Tuaran
TUARAN: Upko Tuaran hari ini menafikan dakwaan yang tular di sosial media mengaitkan pemimpin Upko dengan borang yang kononnya untuk pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing.
Tiga sayap bahagian itu – Pemuda, Wanita dan Komulakan – membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah meminta polis menyiasat dalang disebalik pencetakan borang-borang tersebut.
Ketua Pemuda Upko Tuaran, Charles Jauti, Ketua Wanita, Misnah Rambanao dan pemangku Ketua Komulakan, Janysius Sipan bersama dengan ahli masing-masing turut meminta polis menyiasat motif pengedaran borang tersebut.
Mereka juga meminta polis menyiasat apakah niat pihak tertentu ini untuk mengaitkan kepimpinan Upko seperti Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar.
“Tuduhan ini amat berat maka itu kami meminta pihak polis untuk menyiasat dan mencari dalang supaya hukuman yang setimpal akan dapat dikenakan,” kata mereka.

More Stories
Calon UPKO Norfadzlina Ramsah terbaik wakil rakyat baharu DUN Labuk
Tanjung Aru Voters at the Heart of Dennison Indang’s Vision for Change
A strategic discussion in Malaysia’s Sabah