UPKO Sipitang sokong penuh DSP Madius Tangau Presiden UPKO

SIPITANG (22 September) : Upko Bahagian Sipitang telah membuat keputusan supaya Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ditetapkan sebagai Presiden Upko Nasional dan Datuk Donald Peter Mojuntin sebagai Timbalan Presiden Upko Nasional.

Ketua Bahagian UPKO Sipitang, Datuk Pengiran Lalung berkata UPKO Sipitang menyokong penuh dua jawatan ini (Presiden dan Timbalan Presiden tidak perlu dipertandingkan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Persamian Mesyuarat Agung Tritahunan Upko Bahagian Sipitang 2018 pagi tadi bertempat di Kompleks Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah di Jalan ITC Sabah Forest Industry Sipitang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pemangku Presiden Upko Nasional Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Datuk Donald Peter Mojuntin selaku Setiausaha Agung Upko Nasional, Datuk Lucas Umbul selaku Naib Presiden Upko Nasional, Datin Seri Dr. Jaina Sintian selaku Naib Presiden Upko Nasional merangkap Ketua Wanita Upko Nasional, Tuan Albert Bingkasan selaku Ketua Penerangan Upko Nasional, YB Ewon Benedick selaku Ketua Komulakan Upko Nasional, Ketua Bahagian (KB) Upko Beluran Tuan Felix Joseph Saang, KB Upko Kota Kinabalu Tuan Dennison R. Indang, KB Upko Papar Tuan Gilbert Syam, KB Upko Silam Tuan Basari Sarkun, KB Upko Kota Marudu Dato Verdon Bahanda, AMT Upko Pusat Datuk William Sampil selaku Ketua SPR Upko Nasional, Datuk Wong Thiam Fook, Carl Moosom, Tuan Dr Monih Epin,

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Upko Pusat yang lain, Tuan Akuang Suan berserta ahli-ahli Upko dari Pensiangan, Tuan Mark Silak berserta ahli-ahli Upko Putatan, perwakilan dari Bahagian-Bahagian lain dan Pegawai-Pegawai Khas DSP Wilfred Madius Tangau.