TENOM: Upko Bahagian Tenom menerima 342 ahli baru yang telah diserahkan kepada Pemangku Presiden Upko Nasional Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan Upko Bahagian Tenom bertempat di Taman Sri Mantailang hari ini.
YB Senator Datuk Dr Lucas Umbul kekal sebagai Ketua Bahagian Upko P181 Tenom. Datuk Dr Lucas dalam ucapannya mengumumkan Upko Bahagian Tenom menyokong penuh agar Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dijadikan Presiden Upko dan Datuk Donald Peter Mojuntin sebagai Timbalan Presiden Upko Nasional.
Turut hadir ialah dalam majlis tersebut ialah Datuk Donald Peter Mojuntin selaku Setiausaha Agung Upko Nasional, Tuan Albert Bingkasan selaku Ketua Penerangan Upko Nasional, Datin Seri Dr Jaina Sintian selaku Ketua Wanita Upko Nasional, Ketua Bahagian Upko Beluran Tuan Felix Joseph Saang, Ketua Bahagian Upko Papar Tuan Gilbert Syam, Ketua Bahagian Upko Sipitang Datuk Pangiran Lalung selaku Pemantau MAT Bahagian Tenom, Ketua Bahagian Upko Kota Marudu Dato Verdon Bahanda dan Pegawai-Pegawai Khas DSP Wilfred Madius Tangau.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius