UTC SANDAKAN AKAN DIBUKA TAHUN DEPAN

KOTA KINABALU : Pusat Transformasi Bandar (UTC) baharu akan dibuka di Sandakan pada tahun depan sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan dan Negeri sebagai peningkatan khidmat kepada rakyat Sandakan.

Demikian didedahkan oleh Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, selepas menghadiri mesyuarat pendirian UTC bersama  Datuk Frankie Poon selaku Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah  merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat yang dipengerusikan oleh pegawai Kementerian Kewangan Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi, Abu Bakar Haji Jambol, di sini hari ini. 

Mesyuarat itu juga dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Majlis Perbandaran Sandakan, Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kewangan, dan wakil-wakil agensi yang lain dalam perancangan untuk menyediakan pejabat UTC Sandakan baharu ini.

Vivian turut menambah bahawa selain daripada memenuhi janji beliau untuk menamatkan apa yang telah dilancarkan oleh Datuk Stephen Wong sejak tahun lepas, ia juga merupakan usaha berterusan untuk menghidupkan semula Pusat Bandar Sandakan, kerana Menara MPS telah dipilih sebagai lokasi untuk UTC baharu ini.

Dengan penduduk hampir setengah juta, kemudahan agensi kerajaan sekarang di Sandakan, yang dibina lebih pada 3 dekad yang lalu, adalah amat tidak mencukupi untuk memberikan tahap perkhidmatan bagi memenuhi harapan masyarakat. Selain, masa menunggu yang lama, bilik yang kurang pengalihan udara, kekurangan ruang letak kereta adalah pertembungan yang biasa dihadapi di Wisma Persekutuan Sandakan. 

Oleh itu, perkara ini adalah penting untuk diperkembangkan dengan segera melalui konsep UTC di Sandakan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan mesra komuniti kepada penduduk di Sandakan serta daerah sekitarnya. Agensi yang akan ditempatkan di UTC baharu termasuk:

  • Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
  •  Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  •  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Balai Polis
  • Syarikat Utiliti seperti Jabatan Air Sabah dan SESB
  • Klinik Komuniti
  • Jabatan Tanah dan Ukur
  • Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
  • Pejabat Pos

Vivian berharap lebih banyak agensi seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Sabah Credit Corporation untuk ditempatkan di UTC Sandakan baharu ini. 

Kerana ia terletak di tengah-tengah pusat bandar, pengangkutan ke dan dari UTC adalah strategik bagi memudahkan orang awam samada menggunakan pengakutan awam, pengangkutan peribadi atau berjalan kaki.

Selanjutnya, waktu operasi UTC Sandakan daripada pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam bagi memudahkan penduduk bekerja untuk berurusan di UTC selepas waktu kerja, tanpa perlu mengambil cuti daripada tempat kerja.